Tuesday, November 1, 2016

UDANG GALAH

Monday, September 28, 2009
















PROJEK PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG GALAH 2009
Di sediakan Oleh : Mohd Hanafi Bin Mohd Zulkifli

Tujuan Penyediaan : Bagi Mendapatkan Dana serta pelabur
Yang berminat.

Lokasi Rancangan : Kawasan bekas Tanah Sawah, Kampung Bukit
Tempurung, Kuala Jempol, Negeri Sembilan.

Anggaran Kasar
Modal Keseluruhan : RM155,000.00


PENDAHULUAN


Kertas ini di buat bagi mendapatkan pinjaman modal bagi menjalankan aktiviti penternakan, membeli peralatan, makanan penternakan,serta memberikan gambaran perjalanan projek yang di mulakan. Kertas ini juga boleh di jadikan sebagai rujukan bagi mereka yang ingin mengkaji, serta mempelajari bagaimana ingin memulakan projek ternakan Udang Galah.

LATAR BELAKANG BIDANG

Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

2. PEMILIHAN TAPAK

Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga rendah.

2.1 Sumber Air

Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan (walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen > 3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD) dan bacaan <>

\2.2 Pemilihan Tanah Sesuai.
Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan kawasan pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.


2.3 Mempunyai Kemudahan Asas

Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi.
2.4 Lokasi
Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa, mudah mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir.


2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan PendudukPembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti akuakultur.


3. PEMBINAAN KOLAM


3.1 Kolam Tanah

Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam tanah. Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan mereput menjadi penyebab perkara ini.





Contoh Tanah Sawah yang di bangunkan


4. PENYEDIAAN KOLAM

4.1 Pemeriksaan awal

Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.

4.2 Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

4.3 Membuang lumpur

Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.


4.4 Membilas

Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.

4.5 Meracun

Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.

4.6 Mengapur

Kolam dikapur dengan tujuan:
Menstabilkan pH
Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
Membunuh ikan liar (pemangsa)
Menghapuskan organisma patogen (musuh)
Menegapkan dasar kolam
Menggalak proses udang bersalin kulit
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:
Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.
Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.

4.7 Membaja

Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.

4.8 Pengairan

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.

5. KELENGKAPAN KOLAM

Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang perlu adalah:

5.1 Alat pengudaraan

Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m� atau kurang tidaklah memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.







Kincir air




Aire-O2




Penyembur angin (air blower)

5.2 Struktur pelindung

Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.

5.3 Peralatan Kaji Mutu Air

Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0>

5.4 Peralatan lain

Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia juga boleh diguna untuk pengudaraan.
Bekas makanan biasanya berbentuk empatsegi, diperbuat dari jaring halus dan berbingkai kuat (logam, kayu, buluh, rotan). Sebahagian makanan dimasukkan ke dalam bekas ini dan diletak di beberapa tempat di dalam kolam sebagai alat penyukat makanan.
Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan. Tangki biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian kaca mudah di pindahalih ke tempat lain.
Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan, untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.
Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna ketika mendaratkan udang untuk jualan.
Pejabat pentadbiran biasanya terletak dalam kawasan kolam. Segala maklumat berkaitan kolam dan ternakan terdapat di sini. Pusat operasi ini diketuai oleh pengurus atau tuan punya ladang. Stor untuk menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia biasanya terletak di kawasan pejabat. Makanan dan bahan kimia pula disimpan dengan sempurna dalam stor. Pegawai Keselamatan diperlukan bagi menawasi kompleks kolam. Pondok kawalan pula biasanya terletak di pintu masuk kompleks.
Kenderaan diperlukan ketika pemberian makanan, membawa kelengkapan, pemasaran, membawa benih dan sebagainya. Kerja-kerja meninjau kolam, pengangkutan barang dan kakitangan juga memerlukan kenderaan. Kompleks kolam yang besar biasanya mempunyai berbagai kenderaan bagi tujuan dan fungsi yang berlainan.

Saturday, August 20, 2016

Air Payau ada Guna, Satu Tumpuan Ladang dan Pelacongan Bangsa

 SIAPA NAK MELAWAT ATAU NAK PELIHARA IKAN MAI SINI AKU AJAR
JANGAN KURANG BELAJAR, AKU MEMANG SUKA BELAR,SEBAB TOK AKU TOK AJAR!!!

 DIA KATA KITA ORANG KAYA!!! RUMAH NYA DULU KITA INGAT NAK MENANGIS RUPA
 TAPI AKU TA FAHAM TANAH DI MILIK NYA SEKARAN NILAI 2 JUTA-BARU AKU TAHU NILAI HARTA
SANGKAR IKAN NI 30 HARGA RM250K

 PENDAPATAN 1 SANGAKAR RM 1000X2 Setahun
INI BUKAN TELAPIA, INI IKAN MERAH AIR PAYAU



RUMAH AGRO PELANCONGAN

Pergi Lagi Ke Larut Matang, Ke Arah Pulau Sangha Pula Bertandang,Singah Sekecap Ladang Kerang

PASIR ROBOH SIAPA KATA PASIR TIDAK BOLEH D JUAL BELI

KADUNGAN KAPUR MENINGKAT KUALITI,TANAH MASAM PAYA BOLEH DI BAIKI

LEBUH RAYA DI ZAMAN SILAM,MASIH BEGUNA UNTUK TERNAKAN & TANAMAN

Apa Kau Tersenyum Melihat Muatan

Ini Kerang  Di Masa Silam Satu Pencarian
Kini Jadi Usaha Ternakan

Hidup Satu Perjalanan Susah dan Payah Satu Cabaran, Hati Menangis Air Mata berlinangan, Allah yang tahu HIDUP SATU PERJUANGAN

Mengembara ka Larut Matang ...........belayar ka Pulau Pasir Hitam . Terkenang Masah Silam Tok nenek meneroka Kampung Kuala Sanglang.....belayar di hutan bakau,...bagitu lah Kampung Kita di tinjau. Teringat juga usaha bapa mencari kayu gelam untuk menyara masakan di dapor yang membara....ibu sudah tiada bapa kembali sudah lama



Wednesday, February 24, 2016

HERBA PETUA NUSANTARA khazanah perubatan kesihatan kita (Halim 013 4803962)

HERBA PETUA NUSANTARA

Negeri Tropika nusantara termasyhur dengan rempah ratus . Bahan ini telah menjana perniagaan sejak 600 tahun yang lalu. Malah Kerajaan Melayu Melaka maju dengan perniagaan rempah dengan peniaga Timur Tengah yang memperkenalkan nya ka Eropah. Kerana khazanah ini lah Melaka akhir di jajah oleh Kerajaan Portugis.
Namun masih banyak lagi herba yantg belum di teroka meluas .Tidak kurang dari 100 jenis yang penah di malkan dalam perubatan Melayu.
Di antara yang masyur adalah Kacip Fatimah untuk wanita,Tongkat Ali untuk lelaki. Tetapi dengan pesat nya perubatan moden penyakit yang berpunca dari kolestrol,lebihan gula(kencing manis),darah tinggi,prostate dan jantung. Herba lain turut di ketengahkan seperti daun Belalai Gajah
Buah Durian Belanda
Dokong Anak
Misai Kucing
Hempedu Bumi
Tunjuk Langit
Halia Bara

Buah Durian Belanda - Untuk Merawat Saluran Jantung dengan kaedah rawatan tertentu telah

Belalai Gajah-Anti Kanser,Kawal Kolestrol,Rawat Prostat,Menurunkan Urik Asid-gout
Misai Kucing- Rawat Kecing Manis dan Darah Tinggi










Wednesday, September 11, 2013

ZINDAGI EK MUSAFIR JIHAD FAKIR FIKIR

Ada di lahir pada tahun 1951 awal sedikit ada yang kemudian sedikiy. Mereka membawa jalan jalan di tuju . Siapa yang sesat siapa yang jitu . Dalam perjuangan hidup. Hidup ini adalah satu perjalanan sisipan satu perjuangan berpaksi latar belakang.

1.Bo Tak Chin
2.Ahag Ya Abu Dza
3.Isham Rais
4.Yunus Ali
5.Shuib Hashim
6.Rashid Alghar
7.Dr Md Noor
8.Amminudin
9.Fad
10.Mat Komado
11.Mat Sabu
12.Bentung Kali
13.Anwar Ibrahim
14.Goh Choh Tong

PERATANIAN BANDAR CRAZE!!!

PERTANIAN BANDAR



Pertanian bandar adalah satu idea yang songsang!! Kenapa??? Kawasan bandar ia lah kawasan yang padat dengan penduduk,kemudahan perniagaan dan juga pengangkutan. Dari segi ekonomi nilai setiap inci tanah adalah tinggi kerana kepadatan dan lokasi yang strategik.

Sementara pertanian secara teradisinya memerlukan kawasan yang luas dan hasil keluaran adalah barang asas yang nilai nya agak rendah berbanding barang tersebut sudah di masak atau di peroses dan juga di beri pejenamaan.
Secara teradisi nya bertanian di pinggir bandar adalah maju kerana permintaan di bandar adalah tinggi kerana kepadatan penduduknya dan kos pengangkutan juga kurang jika di bading dengan pertanian di pendalaman.

Lagi pula produk segar tidak rosak kerana masa pengangkutan yang dekat. Namun dengan ada industri sejuk beku dan pengangkutan bersekala besar hasil sudah boleh di pasar dengan jarak jauh dengan ekonomik.

Kekuatan Pertanian Bandar
Kos pengangukutan yang agak murah walaupun bersekala kecil
Hasil lebih segar dan tidak perlu kos sejuk beku
Boleh mengitar semula sisa organik dosmestik untuk menjadi bahan media tanaman dan juga makanan ternakan.
Dengan inovasi sisa bukan organik juga boleh di gunakan untuk pengeluaran tanaman tanpa mencemarkan hasil.
Mengurangkan kos sara hidup golongan pendapatan rendah dan pesara dengan menghasilkan tanaman dan ternakan sendiri dan berpotensi juga untuk pemasaran terus.
Acaman dan Cabaran
Inovasi tanaman tanpa tanah

Kekurangan ruang untuk di gunakan kerana kepadatan kawasan kecuali ia di laksankan secara bertingkat atau di atas bumbung dan beranda.
Sumber air rawatan yang mahal kecuali mengujudkan sistem pengumpulan air hujan dan air kitar semula yang bersih

Pencemaran adalah masalah utama bagi sisa tanaman  kecuali ia dapat di kitar proses sebagai kompos.

Najis ternakan yang mencemarkan mengalang penternakan yang intensif

Kaedah Inovasi yang di perlukan

Pertanian di laksankan secara bertingkat atau di atas bumbung dan beranda tanpa mengunakan media-aquaphonic/hidrophonic.















 Inovasi sistem pengumpulan air hujan dan air kitar semula yang bersih
Mengujudkan sistem kitar proses sebagai kompos atau kawalan pencemaran tinja ternakan
Mengusahakan tanaman bernilai tinggi dan bercorak hiasan dan pelancungan